"..engkau yang amat ku sayang, mekar mengharum dilaman orang, ingin benar kau ku miliki, aku terluka kerana engkau berduri.."
Sunday, September 28, 2008
"::^sunyi^::" : hiasan raya....
Wednesday, September 24, 2008
"::^sunyi^::" : sakit hatiiiii.......
Monday, September 22, 2008
"::^sunyi^::" : pasir massss.....
stesen keretapi p.mas..old memories comes back..he.he
pandangan dari tmpt parking kete
tempat berteduh dr hjn & panas sementara menunggu keretapi dtg..
jam bila keretapi melintas..
jam lagi..jalan sehala dlm bandar
dah habis kt stesen keretapi..tibe la time utk cari juadah berbuka ptg nnt..singgah kat bazar berhampiran stadium..hebat giler kt cni..
berserabut
ayam golekkk....
Tuesday, September 16, 2008
"::^sunyi^::" : panggilang pulauuuuuuuu....
"::^sunyi^::" : berpantun lapulokkk
Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
: (^_^)
Tuesday, September 9, 2008
"::^sunyi^::" : hidup ini terlalu indah.........
Monday, September 1, 2008
"::^sunyi^::" : Ramadhan Datang Lagi....
"::^sunyi^::" : percayalah awak.....
"Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.
Kadangkala awak perlu katakan "tidak" kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang "mahal dan berharga".
Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.
Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.
Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.
Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.
Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.
Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.
Kalau saya bercakap tentang bola dan awak nampaknya macam "boring" jer,
Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan"
: cinta itu naluri....sebab itu kita takkan tahu kenapa kita menyintai seseorang....
"::^sunyi^::" : surat utk awak dari saya...
awak adalah kenangan terindah saya
yang tak akan saya lupa
saya rasa gembira berkenalan dengan awak...
perhatian awak, renungan awak, belaian awak..
betul-betul buatkan saya terpukau,
walaupun, bukan niat awak untuk buatkan saya begitu
hanya saya yang terperasan sendiri,
tapi saya tetap bahagia bersama-sama awak... .
rasa gusar dan takut hilang, wak...
bila bersama-sama awak..
bila awak melayan bagaikan raja...
terima kasih awak...
tapi sekarang,
saya tak tau kenapa,saya rasa sedih sangat...
pelbagai andaian yang bermain di kotak fikiran saya..
fikiran saya bercelaru..
saya takut, wak..
saya takut ianya menjadi realiti...
sebab saya tau,suatu masa nanti,
awak pasti dimiliki..
ketika itu perlahan-lahan awak akan
lupakan saya...
saya tak sanggup nak memikirkannya,
apatah lagi nk menghadapinya...
saya pernah merasa sebuah kehilangan
dan,saya tak mahu merasainya lagi...
pedih sangat-sangat, wak...
kerana saya tau, siapa saya dimata awak...
sinar bintang saya
tak mampu menandingi sinar bintang-bintang
yang ada pada awak...
selagi kita teruskan hubungan ini,
semakin saya akan terseksa, wak...
saya tak minta lebih dr awak...
cukuplah dengan apa yang ada..
apa yang dah awak lakukan pada saya..
kenangan yang pernah kita ciptakan..
kenangan yang menerangi hidup saya sekarang..
awak boleh pergi,
andainya itu yang awak nak..
saya tak kan menghalang...
pergilah, sejauh mana yang awak nak,
tapi tinggalkan kenangan itu pada saya...
dan saya pasti,
kenangan itu tak membawa apa-apa
erti pada awak..
awak...
sebelum sayang saya makin mendalam,
sebelum semua ini terjadi..
saya rasa, cukuplah sampai sini...
biarkan lah, persahabatan ini abadi..