Saturday, February 14, 2009

"::^sunyi^::" valentine's day...

14 feb..tarikh yang ditunggu2 oleh si kekasih..kerana hari ini,seluruh dunia memperingati kekasih masing..kepada yang tidak menyambutnya..syabas aku ucapkan..berpegang teguhlah pada ajaran islam..itu semua adalah perkiraan2 yahudi dan nasrani untuk menyesatkan umat islam yang semakin hari,semakin terpesong dengan ajaran islam yang sebenar..bagi yang menyambutnya,ingat2lah kamu bahawa kamu mempertaruhkan akidah kamu..akidah merupakan pegangan dalam diri kamu yang mengtauhidkan ALLAH dan membenarkan Nabi Muhammad itu Rasul Allah..perkara ini telah lama dibahaskan..terpulang pada individu untuk melihatnya dari sudut mana..

dari dulu aku tidak menyambutnya..punya kekasih tetapi tidak menghormati pendirian kekasihnya..kalau dia mahu sambut,terpulang..aku x melarang..aku tetap dengan pendirian aku..aku xkan menyambutnya..lantaran itu,ianya menjadi isu perbalahan berhari2..hmm..sungguh cepat masa berlalu..sedar x sedar,dah 3 tahun aku kehilanganmu...kau pun dah ada pengganti..dah pun bertunang,dan perkhabaran terbaru aku terima,kau akan menjadi seorang insan yang bergelar isteri..sudah aku katakan dulu,aku bukan yang terbaik untukmu..aku hanya yang terbaik pada waktu itu..jika kau terus bersamaku,mungkin kau akan menderita..aku x sanggup melihat orang yang aku sayang menderita..biar aku seorang yang menderita,aku rela........

Tuesday, February 10, 2009

"::^sunyi^::" ..........................

dua tiga hari nie aku semacam bad mood..rasa lemah badan..rasa macam malas..macam2 ada..semalam aku malas g keje..cti dok umah dan tido semahu-mahunya..hidup aku kosong..sepi..sunyi..mungkin aku terlalu merindui belaian tangan seseorang..tangan seseorang yang paling bermakna dalam hidup aku..tangan seseorang yang banyak berjasa dalam hidup aku..tangan seseorang yang menyediakan makanan siang dan malam utk aku..tangan seseorang yang banyak mengajar aku erti kehidupan..tangan seseorang yang sentiasa menasihati aku..sejak kepergiannya mengadap illahi,aku semacam hilang arah..sampai sekarang aku masih merasakan yang dia sentiasa ada dekat denganku..sentiasa memerhatikan aku..

semalam aku menangis semahu-mahunya..umpama anak kecil yang laparkan susu ibunya..bagi aku,terlalu malu untuk melihat seorang lelaki berumur 27 tahun menangis sebegitu..aku dah tak dapat menahannya lagi..air mata laju menitis,mengalir dipipi..yang paling ku ingat "jangan menangis kerana kehilangan cinta..bersyukurlah kerana pernah menyintai dan dicintai"..

aku rindu semua kenangan lalu.."kenangan tak bisa ku lenyapkan"..sentiasa bermain di fikiranku sehingga kini..bukan aku menyalahkan takdir..tapi sejak dulu,takdir semacam tak berlaku adil kepadaku..sehingga aku memepertikaikan "mengapa kau ambilnya dariku terlalu cepat"..aku belum tunaikan impianku,janji2ku untuk membuatkannya gembira atas kejayaan aku..aku belum sempat membayar segala apa yang telah diberikan.."Tuhan!!kau tempatkan dia bersama orang yang kau redhai..bersama2 orang mukmin dan mukminah..orang yang engkau redhai..ampunkan segala dosa2nya..hanya doa tulus dan Al-Fatihah yang dapat kukirimkan padanya.."


"::^sunyi^::" ramalanku benar belaka....

tajuk kita..ramalanku benar belaka..sudah aku katakan..aku dah 3 malam x jumpe si din..semenjak bertunang ngan ana..biasanya,tiap2 malam dialah yang membuat app ngan aku..minum2,makan2,borak2 sampai pagi..xpe..aku x kisah..aku paham..nie bukan pengalaman pertama aku..dulu bila si khairul tunang n kawin,pon macam nie jugak..masing2 dah ada kehidupan masing2..semoga berbahgia semua...adios...

Sunday, February 8, 2009

"::^sunyi^::" bertunang..

semalam..7/2/09 selamatlah kawan baik aku si din menjadi tunangan orang..hilang lagi sorang kawan bujang aku..aku dipaksa pergi kemajlis itu,walaupun aku sebenarnya malas dan xnak pergi..demi seorang kawan,aku turutkan walaupun aku tahu itu akan membuatkan aku teringat kisah2 lama..tiada gambar untuk aku uploadkan..dan aku sengaja tinggalkan camera dirumah..aku ucapkan tahniah pada kau..aku paham jika kau selepas ini tiada masa untu aku..kau dah diambang perkahwinan..banyak lagi yang kau perlu selesaikan..aku masih lagi terkonta kinte dalam dunia aku sendiri..

lepas ni,sape lagi..aku doakan mereka bahgia bersama orang tersayang..aku akan terus begini..macam biasa..pg kerja,malam jual beger,hujung minggu,kelas dan begitulah seterusnya..sampai bila2..

Thursday, February 5, 2009

"::^sunyi^::" nie yang aku malas nak jadi seorang programmer nie!?!?

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.

Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..................

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?
Suami: Unknown Virus.

Wednesday, February 4, 2009

"::^sunyi^::" ????????

aku xnak tulis ape2..korang ade mata,tgk dan lu pk la sendiri?!?!?!?!









"::^sunyi^::" sangat2 sibuuukkkkk......

lebih kurang sebulan aku x mengupdate blog..hu.hu..aku rasa macam nak gilee..kesubukan kerja memaksa aku melupakan seketika blog aku..pendaftaran MUET bermula 12 jan hingga 29 jan..calon yang teramai adalah dari UiTM..sudah aku jangkakan,memang aku akan terperap mengadap pc,mengkeyin data2 calon..sambil mengurus soalan2 bengong atau soalan2 yang mereka sudah tahu jawapannya..tidak mengapa..aku kan seorang pekerja yang berdisiplin dan berdedikasi..(sambil mengembangkan hidung)..aku melayan semua mereka dengan senyuman menawan dan kidung yang jelas..

lebih kurang 700 oang mendaftar untuk MUET..pusat2nya adalah

1.SMK Sultan Omar.
2.SMK Tg Intan Zaharah.
3.SMK Seri Dungun.
4.SM Teknik.
5.SMK Sura.

semua pusat ada lebih kurang 180 calon..datang pg2..aku terus bukak blog dan update..hehe..mane tahan oooooooooo..dah teketar2 tangan niee..hahah..daahh..aku nak kuar makan..dr semalam x makan ape2..balik petang semalam,aku tido dr 6.30ptg - 7.00 pg..qada semua letih aku selam 3 minggu..hehe..makan jooommmm....