Sunday, October 25, 2009

"::^sunyi^::" 23 Okt....


akhirnya lepas juga 23 oktober...tarikh keramat dalam hidup aku 1menjak 2menjak nie...selamat hari lahir aku ucapkan..ku hulurkan tangan dari jauh..walaupun ku tahu xkan tersambut..

kalau aku bisa kembali kezaman silam..
akan aku betulkan semua yang salah...
andai ku mampu petik bintang dilangit..
kan ku jadikan hantaran pinangan ku..
andai ku mampu memintal buih yang memutih..
akan ku jadikan alas tidur untuk mu...
andai aku bisa terbang..
akan ku bawa mu kebulan untuk bulan madu..
andai kau milikku....tidak..ianya..tak kan terjadi...
...................................................................
selamat hari lahir......

Wednesday, October 14, 2009

"::^sunyi^::" ayah dan ibu....

hari merupakan hari biasa di pejabat..sedang dok lepak2..telefon berdering.."syam..ada calon nak tukar pusat" sudah..biase2 pusat muet la.."ok..comming"..sampai di kaunter, kelihatan seorang 2 orang yang layak digelar warga emas bersama 2 keping surat di tangan.."ye makcik..ape boleh saya bantu?"..tanyaku.."makcik nak buat tukar pusat perikse anak makcik".."oh!..boleh2"..jawabku perlahan..aku bertanye sebab kenapa nak tukar pusat.."anak makcik masuk pusat serenti, ada kat Melaka. jadi nak dia ambil perikse kat sana la"..sebenarnya masa dah suntuk benar untuk membuat pertukaran pusat..apa yang aku boleh tolong adalah beri borang tukar pusat, dan poskan kepada JPN..itu pun kalau boleh..tapi untuk kes2 khas sebegini, jarang permohonan ditolak..

aku bertanya kenapa die masuk pusat serenti..anak die terlibat dengan pil kude..baru kene tangkap..hmm..sambil berbual aku menghulur borang yang perlu diisi..tangan pakcik tu, terketar2 mengisi borang..kesian betul aku tengok..aku menawarkan pertolongan untuk mengisi borang..bukan sedikit..untuk pertukaran pusat..6 keping borang yang perlu diisi..bayangkan dengan tangan terketar2..berapa lama masa yang diambil untuk mengisi borang..calon nie adalah anak bongsu..tiada spm..baru nak amik..selesai isi borang pakcik mengajakku minum pagi..aku menolak pelawaannya..

apa yang aku ingin timbulkan di sini adalah..pengorbanan oleh kedua ibu bapa kepada anak2..aku betul2 kesian dan kesal dengan tindakan anaknya..dah la menyusahkan mak bapak..datang untuk selesaikan hal anak..pakcik tu siap mintak photostat slip perikse..katenye ingin beli buku untuk anak..tanya kepada aku apakah buku terbaik..anak die nak study..menitis air mata bila pikirkan kesungguhan pakcik tu..timbul rasa insaf dalam diri aku tentang pengorbanan kedua ibu bapa..mereka mahukan hanya yang terbaik untuk anak2 mereka...aku merenung keduanya sambil mereka berlalu keluar....

Sunday, October 11, 2009

"::^sunyi^::" ----------------------------------------

"::^Sunyi ^::"


Sunyinya malam ini


Tiada bulan tiada bintang


Hanyalah kedengaran


Ombak dipantai


Hatiku tersusuk sayu dan pilu


Mengenangkan nasib diri

Kasih di mana dikau


Masihkah ada rindu


Hatiku seperti dulu


Jangan biar ia membeku


Mengharap cinta yang dipandu


Tak ingin ku sendiri lagi


Oh dimanakah dia


Tidak kelihatan


Ku tertunduk malu


Bayangan mu selalu menjelma


Di dalam mimpi ku


Aku seperti dulu sunyi


Sepi diri ini aku sendiri lagi

sejak kebelakangan ini aku sering bermimpi....mimpi aku berjumpa dengan 'dia'..kenapa ini masih terjadi..adakah kerana ingatan aku masih kepada 'dia'..tuhan..kau buatkan mimpi seperti realiti..dapat ku dengar kidungnya menusuk ke hati..dapat kurasa kelembutan rambutnya kubelai..dapat kulihat manisnya senyuman yang dilemparkan..tuhan..kenapa??..tolonglah aku tuhan..tak sanggup aku untuk menghadapinya..tak mampu aku untuk 'bermimpi' lagi tuhan.."jika dia bukan jodohku..kau hilangkanlah 'dia' dari diriku..kau sejahterakanlah hidup 'dia'..kau permudahkanlah urusannya tuhan....hanya itu pinta ku..perkenankanlah permintaan hambamu tuhan.."
 



Wednesday, October 7, 2009

"::^sunyi^::" kepuasan hati...




adakah kita sebagai manusia mampu untuk puaskan hati semua orang..bagi aku..aku xkan mampu untuk puaskan hati semua orang..itulah persoalan yang bermain dibenak pemikiran aku..sebab  perkara sebegini telah terjadi semalam kepada diri sendiri..si din tel aku pukul 10.30 malam semalam..suruh tengokkan pc die..kebetulan aku tak kelaur umah malam semalam..so aku janji ngan die nak g tgk pc die tu petang semalam..otw kelaur umah..si epu tel ajak pegi ke kuala terengganu..janji dalam pukul 6.45 die amik aku kat umah..aku terleawat sedikit..au sampai umah pukul 7.10..si epu dah tarik muke kt aku..cakap pun nak tak nak..aku memang pantang kalau orang buat muke nie..otw balik si din tel aku,cakap printer xle nak print..aku cakap sampai dungun nanti..aku g la umah die..mase tu dah pukul 10.15..sampai dungun..aku cakap dengan cara baik untuk hantar aku ke rumah..nak amik kete nak ke umah din..turun, aku tutup pintu kete..tanpa sepatah pun kate die terus pecut kereta lelaju..menandakan isyarat x puas hati....

aku tertanya sendiri..ade aku buat salah ke..

Monday, October 5, 2009

"::^sunyi^::" peperiksaan PMR

peperiksaan PMR akan dijalankan pada 7-9 dan 12-13 oktober..so pada sape2 yang ada anak atau adik yang mengambil PMR aku ucapkan selamat menduduki peperiksaan..telah selesai tugasan untuk PMR..satu kelegaan bagi aku..selepas ini SPM akan menyusul..

pada rabu dan khamis aku berada di batu buruk beach resort..taklimat pengurusan peperiksaan penyelia kawasan bersama ketua pengawas daerah dungun..tido satu malam kat situ..bilik rm 95 untuk 2 orang..boleh pilih nak katil singgle atau kelamin..







nak tahu lebih lanjut tentang hotel nie..jangan malu2 ke http://www.batuburokbeachresort.com.my/index.html
cewah..promote nampak...petang nie serahan bahan kepada ketua pengawas..untuk daerah dungun ada 29 pusat semuanya..calon PMR seramai 3028 orang..semua dah selesai dan hanya menunggu tarikh dan hari yang berkenaan sahaja...