Monday, March 23, 2009

"::^sunyi^::" kenapa wanita berbohong?

huhhh...i'm back...dah cukp lama aku peram blog aku nie..xde masa untuk mengupdate..kerana kesibukan yang mengcengkam di kalbu, merantai kaki dan tangan..aku telah melepaskan satu tekanan yang teramat berat untuk aku terima..sesuatu yang membuatkan hati jejaka bekecai semacam kaca bila mendapat berita ini..biarkan berlalu..namamu masih bernafas dalam hati ini..walaupun ku cuba menahan, ia tetap bernyawa..arghhhhhhhhhhh!!!!!!lupekan pasal tu...kembali pada tajuk aku rini..kenapa wanita berbohong..adakah memang lelaki macam aku sentiasa menjadi mangsa dalam hal nie...??!!..akupun x tahu jawapannya...

balas dendam

* sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. walaupun tidakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat mengahdapi situasi pembohongan yang dlakukan kekasihnya. malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.


urutan kasih

* wanita sememangnya menginginkan drinya dicintai dan dihargai. apatah lagi mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya berada di tangga kedua atau berikutnya. sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

kekerasan

* kini ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan(umumnya secara fizikal) kepadanya. mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulanginya, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

hambar

* wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. apatah lagi apabila selama ini si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. sekiranya kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

seks

* meskipun kamu tidak memberkan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, kepuasan dalam urusan seks mempu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

cadangan

* saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. ini kerana sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti diri kamu. jadi sekiranya kamu benar-benar menyintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

jejaka bermasalah

* maksudnya terdapat banyak perkara disekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas dari kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

duit

* sesekali wanita mengeluarkan duit ketika keluar bersama bukanlah satu kesalahan. malangnya, segelintir dari kamu gemar mengambil kesempatan. perbelanjaan ketika keluar bersama semuanya ditanggung oleh dia sedangkan kamu hanya melihat sahaja. sekiranya sikap ini ada dalam diri kamu, berubahlah sebelum terlambat. wanita inginkan perlindungan, tak kiralah dari segi keselamatan atau kewangan. sekiranya wang minyak pun dibayar oleh dia, apalah gunanya kamu di sisi dia? ingat, ramai lelaki di luar sana yang berkemampuan yang boleh menanggung dia sama seperti dia menanggung kamu. antara ego dan maruah, pentingkanlah maruahmu. apabila si dia sudah bosan, jangan di tanya mengapa kamu ditinggalkan tanpa sebab dan tak mustahil kamu ditinggalkan ketika kamu menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

hubungan tiada kesudahan

* kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupmu. jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

bosan

* hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. jangan terkejut jika kamu tidak termasuk dalam senarai jalan penyelesaiannya mereka. perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu inginkan dirinya lebih istimewa.

hubungan tidak diduga

* pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. tetapi ternyata dia tidak lagi menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

No comments:

Post a Comment