"Kau Ada Dia..."
aku tertarik dengan lirik lagu nie..Sebuah lagu yang berkisar tentang cinte tiga segi. Cinte pade orang yang sudah berpunya bukan mudah untuk ditempuhi. korang akan rasa bercinta tetapi tidak seperti bercinta. Maka, timbullah ungkapan di mana "cinta itu tidak semestinya dimiliki...
memendam rasa, segala kasih terpendam terpaksa ditangguh untuk dinyatakan sehingga pada suatu masanya yang sesuai ianya membuak dan bergolak. aku suka lirik lagu nie sebab lirik yang sangat ringkas dan tidak berselindung serta senang untuk difahami.Selagi tidak diluahkan, cinta itu hanya berlegar di dalam mimpi cuma. Kalau boleh elakkan korang menyintai insan yang sudah pun berpunya. Samada dia tunangan orang, kekasih orang, suami orang, isteri orang… sebenarnya korang memilih jalan yang salah. Sekali korang memilihnya, agak sukar untuk korang kembali ke pangkal jalan...
aku rase, ramai lagi yang sedang single dan solo di luar sane, jadi luahkan rase kasih sayang korang kepada mereka yang menginginkan diri korang. Bukan ape, kite hidup di dunie ini hanyalah sementara. Usah bazirkan masa untuk menjadi kekasih gelap atau menjadi kekasih separuh masa. Nasihat aku cuma satu…utk korang ”Setialah pada yang satu”.....
Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.
"> : lepas aku dgr lagu nie..idea dtg macm air..tulis je laa..bkn kene byr pun..terlalu indah lirik nie pd aku..sememangnya aku masih mengharap..masih bermimpi..masih mencari..sesungguhnya kenangan lalu masih bermain di fikiran..terlalu sukar utk aku lupekan..terlalu sukar utk aku kikis..terlalu sukar utk aku buang..walaupun "kau ada dia"..biarlah aku simpan kenangan bersama mu..xkan boleh aku lenyapkan...kau bahagia, aku gembira, kau berduka, aku bersedih..walaupun kau tiada, namun cinta mu terasa, membendung rinduku dari dulu hingga kini, yg manis ku kenang, yang pahitnya daku telan, begitulah kasihku kepada mu..ingin sekali aku mengulangi saat indah waktu dulu, tapi bagaimana, dapatkah berulang lagi....