Monday, January 4, 2010

"::^sunyi^::" bile nak kahwin...


Bila nak kawin??? Di sini orang bertanya Di sana orang menyoal Tak kira teman mahu kenalan Asyik-asyik itu je yang jadi bualan Begitulah nasib orang bujang Tak kira lelaki mahupun perempuan Bila nak kawin??? Keluarga pun dah mula risau Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak Si dara, ayah takut bergelar andalusia Bila nak kawin??? Jiran turut sama menumpang tanya Bila dijawab jodoh belum ada Kata mereka, kita kenalah usaha Mandi bunga salah satu caranya Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya) Bila nak kawin??? Aduuuhh...aku disoal lagi Kawin??? Nak kawin dengan sapa? Calon pun takde. Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka) Bila nak kawin??? Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa...haa) Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam Atau semudah membeli VCD cetak rompak Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy) Bila nak kawin??? Aaahhh....sungguh aku bosan Banyak yang lain boleh jadi persoalan Kenapa asyik itu yang dihadapkan Apa kita nak heran Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan. Bila nak kawin??? Pada yang masih bujang Biarkanlah mereka terus bertanya Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..) Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana. Bila nak kawin??? Pada yang asyik menanya Usah dirisaukan jodoh orang Jaga masjid sendiri agar tidak goyang Lain orang lain rezekinya Syukurlah dengan apa yang kita ada. MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

No comments:

Post a Comment