"::^Sayang^::"
Entah kenapa bila sendirian..
Aku pasti teringatkan mu..
Makin aku
Makin kuat rindu ini..
Sedih rasanya bila terkenang kisah lalu kita..
Betapa bahagianya aku waktu itu..
Bahagia dengan kasih sayang dari mu..
Gembira dengan bicara cinta mu..
"::^Sayang^::"
Aku sangkakan kau lah cinta terakhir ku..
Tapi aku silap dalam perkiraan..
Aku terlalu terburu-buru dalam penilaian..
Kita hanya mampu merancang..
Namun takdir yang menentu segala..
Kebahagiaan yang aku kecapi itu..
Semuanya hanyalah sementara..
Semuanya seketika..
Entah kemana kau biarkan aku sendiri begini..
"::^Sayang^::"
Kenapalah susah sangat tuk aku melepaskan mu pergi..
Kenapalah susah sangat tuk aku nak melupakan mu..
walaupun hanya untuk seketika cuma..
Kenapalah aku masih tak boleh terima semua ini..
Kenapalah aku masih tak ikhlas dengan takdir Allah ini..
"::^Sayang^::"
Kata orang..
Kalau kita sering teringatkan seseorang..
Itu maknanya dia pun ingatkan kita juga..
Kalau kita masih sayangkan seseorang..
Itu maknanya dia pun masih sayangkan kita..
Betulkah semua itu..?
Bolehkah aku percayakan semua itu..?
Adakah kau masih ingat pada ku..?
Adakah kau masih sayangkan ku..?
Adakah kau masih cintakan ku..?
"::^Sayang^::"
Aku bukannya mahu menagih simpati kasih dari mu..
Cuma aku mahukan penjelasan..
Aku mahukan kepastian dari mu..
Aku tak mampu lagi menerima ujian dari mu..
Aku gagal dalam ujian yang kau berikan untuk ku..
Aku tewas dan aku lemah menghadapinya..
Maafkan aku..
Kesalahan ku terlalu banyak pada mu..
"::^Sayang^::"
Satu pinta ku..
Sekiranya masih ada cinta..
Simpan lah ..
Kerana aku sememangnya tidak layak lagi menerimanya..
walaupun hati ku mahu..
qudrat ku tiada..
"::^Sayang^::"
Jika suatu hari nanti
Caripun tak berjumpa..
Panggilpun tak bersahut..
Rajuk pun tak mampu dipujuk
Pergi ku tak dapat di cari..
Itu tandanya..
Aku sudah tiada di alam ini..
"::^Sayang^::"
Seandainya tiada lagi rasa itu..
Satu yang ku pinta dari mu..
Agar kau lupakan ku..
Lupakan aku dari ingatan mu..
Luputkan aku dari hati mu..
Moga diri ini mampu lupakan mu..
Walaupun semakin payah ..
Dan moga hati ini..
Mampu melepaskan mu..
Dari belenggu yang menghimpit rasa..
Dan dari rasa yang membelenggu jiwa..
Dan dari rindu yang semakin menebal..
Dari Aku,
Yang pernah hadir dalam hidup mu..