Thursday, July 17, 2008

"::^sunyi^::" : from my broken heart..

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, "cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya". Tetapi, ada juga yang kata, "cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya". Dan ada juga yang kata, "cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar".

Bagi yang mengatakan bahawa "cinta itu menyakitkan", ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.Bagi aku, semua tu dah tak bererti. Aku telah merasa semuanya. Aku menulis hanyalah untuk meluahkan rasa hati aku. Begini akan terjadi kalau aku terlalu menyayangi seseorang. Pengalaman sukar untuk diperoleh, menjadi guru paling berguna dalam kehidupan.


Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang dapat menolong. Semua perkara akan di bangkit, susahnya bila rasa "cinta" bertukar menjadi "benci". Bukan senang utk melupakan orang yang aku sayang. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku tempuh.

Kini orang yang kusayang, mekar mengharum di laman orang. Tak mungkin aku sunting lagi. Aku berharap 'dia' akan menyayangimu sepenuh hati, tidak mensia-siakan mu. Sesungguhnya aku ingin benar memberitahumu bahawa "kau telah membuat keputusan yang terbaik dalam hidupmu, tinggalkan aku utk bersama org yang menyayangimu. Aku tidak kesal atas perpisahan ini, asalkan kau bahagia. Izinkan aku simpan kenangan2 sewaktu kita bersama. Ku doakan kau bahagia bersama insan terbaik buatmu. Tiada yang akan dapat menggantikanmu di hatiku. You will be the queen of my broken heart".

AnD I wIlL aLwAyS bE "::^sunyi^::"....

No comments:

Post a Comment