Tuesday, June 24, 2008

tinta "::^^sunyi^^::"

HATIKU LUKA KEMBALI...

Telah ku duga
Akan kehadiranmu kasih
Namun hatimu
Bukan untukku

Usah kau pinta
Aku akan mengenang kembali
Tapi jiwaku
Terbiar sepi ku sendiri

Seandainya kasih
Kau datang membawa
Penawar luka
Dengan cintamu
Biarkanlah aku
Dengan derita ini
Kembara dalam sepi

Lupakanlah
Dari penggodaanmu kasih
Hatiku terluka
Bila mengenang Cintamu
Oh Kasih...

Wednesday, June 18, 2008

::^^Ilmu Al-Quran Mendahului Zaman^^::




AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekal terpelihara sehingga kini.

Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepada ayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab samawi terakhir ini bukan rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t seperti firman-Nya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192:

“Dan sesungguhnya al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”

Selain ayat berkenaan, ayat lain yang menunjukkan al-Quran diturunkan Allah adalah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”

Al-Quran yang mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat).

Ayat al-Quran dikatakan memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal ini diakui Allah sendiri menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).

Ayat lain adalah daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama: “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”

Pada zaman Rasulullah s.a.w yang dikenali zaman jahilliah, Allah menerangkan secara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui batas pemikiran manusia ketika itu.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).

Selain diterangkan secara jelas, kajian mendalam terhadap al-Quran mendapati kitab ini juga mampu merungkai rahsia kejadian di masa akan datang seperti kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Parsi.

Ketika berlakunya kekalahan itu iaitu kira-kira tahun 614, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Ruum yang menyatakan bahawa bangsa itu akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun kemudian dan kemenangan itu benar-benar terjadi iaitu kira-kira lapan tahun kemudian.

Terbaru, kejadian runtuhan bangunan pencakar langit, World Trade Center (WTC), New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dikatakan seolah-olah sudah digambarkan dalam al-Quran.

Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, mendapati bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah seperti memberi isyarat awal mengenai kejadian ini.

Ayat berkenaan bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Kajian itu mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC saling berkait dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke-110 dari surah ke sembilan (at-Taubah).

Persamaan lain adalah peristiwa itu berlaku pada 11 haribulan (ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11) dan pada 2001 (huruf terakhir ayat adalah huruf ke-2001).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).

Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t.

Tuesday, June 17, 2008

::^{something about feelings}^::


it's comming back..i don't like to be like this.."Tuhan!! ku mohon Kau hilangkan perasaan ini..sesungguhnya hambamu ini x t'daya lagi utk menaggungnya..ianya satu bebanan yg t'lalu berat untuk ku..hambamu ini sedaya upaya utk membuangnya jauh ke dasar hati ku ini..ku pohon biarlah ianya karam, tenggelam, terknci mati di sudut hatiku ini..biarlah aku mengenangnya sebagai hukuman krn melupai batas hukum Mu...."

::{^cinta^}:: adakah memerlukan sebab???

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya..

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih sehingga mengalirkan airmata. Dengan penuh rasa kasih dan cinta yang menggunung terhadap isterinya dia menggenggam tangan isterinya yang tidak berdaya itu dan berbicara dengan isterinya:


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu.. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu.. sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu.. ia boleh dirasai dalam hati."

Mendengar bicara si suami yang penuh ketulusan dan keikhlasan, airmata si isteri mengalir perlahan menuruni pipinya. Sesungguhnya cinta itu tidak memerlukan sebab..

"::^sunyi^::" : apa pendapat anda???

**{surat cinta dari timah}** kpd "::^sunyi^::"

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat. Suratnya berbunyi begini:-

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCODILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,
Timah

Monday, June 16, 2008

boooooosaaaaaannnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

haiiii...bosannye xde keje...xde ke sape2 yg nk bg keje kt aku...huuhu...tu laaa..time bnyk keje, x mng tgn..tapi time xde keje..cmni la akuu..dok ngadap dpn pc cm ape2 lah..x thu ape lg nk buat..semlm mncing dpt ikan duri..punye la besoo..x pnh2 lg dpt beso tuh..huhu..tapi best..vacation to kenyir this weekend..mancing laa..ape lg..opis wt checking voucher tnt for may..aku jd urusetia..x setia mane laa akuu...dierg wt keje..dan bermula la aktiviti kesukaan aku.....

unsur2 wanita...

tibe2 aku t'bace dalm majalh..the aku rase interesting klu dikongsi..wanitapun ade unsur2 kerr...yerr kerrr!?!?!?..bace je laaa......

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

ade sesape yang berunsurkan seperti nie kaa?????

"::^sunyi^::" bacalah wahai manusia....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara
pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan
Ali

menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala
Ali
dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di
sana
pasti
akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata
Fatimah
yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur
Fatimah
lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah
pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu

dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?"
Tanya Jibril
lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah
pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian
maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"
Badan Rasulullah
mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali
segera
mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan
Ali
kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -
"Umatku, umatku, umatku"
Dan
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli
'ala
Muhammad
wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

"::^sunyi^::" : tiada nabi yang tidak sayangkan umatnya..tapi umat nabi muhammad adalah umat yang terbaik dan amat2 beruntung..insaflah wahai kawan2..

cara sujud yang betul

assalamualaikum wbt.

pernah tak tengok ada tanda pada dahi seseorang.mesti first impression kite.."rajin solat die ni"
sebenarnya rasulullah saw sendiri tiada tanda pada dahinya.tanda nya ada pada kedua lututnya.
bagaimana tiada tanda pada dahinya sedangkan baginda saw sendiri berdiri sembahyang malamnya sampai bengkak kakinya?bayangkan berapa lama sujudnya?kerana ibadah ni biar Dia yang tahu bukan manusia yang tahu.

cara sujud yang betul, apabila sujudnya bukan kepala yang menumpang berat badan kita, bukan menekan dengan kepalanya, tetapi tangan kita yang menampung berat badan kita.tangan kita yang menyokong badan kita.kepala @ muka di letakkan mendatar jejaknya pada sejadah - dahi,hidung,mulut.

kalau nak best lagi, lebih kan bacaan.kalau selama ni kite bace ruku' n sujud nya 3x tasbih, kita tambah sket jadi tujuh x. di waktu sujud itu lah paling dekat kita dengan Allah swt.kenapa bila ruku' n sujud kita kita bacaannya adalah tasbih?bukan bacaan al quran?fikirkan.biar kita ruku' hati turut ruku',sujud hati turut sujud.bukan sekadar anggota saja yang sujud.rasa kan kehinaan, rasakan kehambaan.hayati kebesaranNya.rasakan kita hina, taraf tanah je kita ni.dah la tanah, dari air mani yang keluar dr saluran kencing plak tu.tu pon ade manusia yang sombong n rase tarafnya tinggi dari manusia lain.warna coklatnya kulit kita bukan ke nak mengingatkan kita dari tanah.tempat dipijak2.

dari siti Aisyah r.a. sabda rasulullah saw:


"Allah membenci manusia yang lebih cantik pakaiannya dari amalnya."

wallahualam.

Setiap yang baik ada ganjaran dan didikan, setiap yang tidak baik ada hikmah dan pengajarannya, semua itu ujian dari Tuhan untuk mendidik kita bersama.

cetusan rasa......

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu melangkah
namun tak berdaya
terusku terus menunggu cinta
yang takkan pernah ada

Monday, June 9, 2008

jalan2..

aku cuti hari rabu n khamis mgu lepas..ingat nak g jln2..hampeh..kereta kwn aku x siap lg bela..membazir lah cuti aku tu..dpt naik kl jee..tu pun kete rosak lg kat kl..2 hari temenung kat bengkel..har..har..plan x jadii..kite merancang..tuhan menentukan..x perlu di kisahkan..

Tuesday, June 3, 2008

Bulan Mei...

Bila tiba bulan mei..aku teringatkan kenangan2 lalu..terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku pada bulan mei..tapi,tentunya banyak duka dari suka..aku x tahu..adakah bulan mei bulan malang bagi aku??ataukah sume yang berlaku adalah satu kebetulan??akupun x pasti..tapi akan tetap ku kenang hingga akhir hayat aku..bulan mei...